Nikah gantung!
Nikah gantung (atau dalam
Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana
pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan
hasil persetujuan
bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah
oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi
majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis
kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti
iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak
ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh
ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
=>Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya
kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
=>Pasangan masih lagi menuntut dan masih
belajar.
=>Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya
dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu
tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul
tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan
tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini
dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar
nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh
bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga
melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan
itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah
pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan
Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi
kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah
gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung
adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah
mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
#Semoga dengan perkongsian artikel saya kali ini memberi manfaat
buat anda.




.png)




No comments:
Post a Comment